Pages

impian aku?...

salam 1 malaysia!...
di malam yang penuh kesejukkan ni...aku ingin berkongsi
tentang impian...
tipu ar kan klau ko cakap ko tak de impian 
setiap manusia yang di cipta tuhan mesti ade impian masing2..
like me laaa..kn?
tak kire ar same ade impian 
ko org tu dalam sesuatu 
bnde atau bntuk..
ko orang msti tringin gler nk memiliki bnde tu
walaupon mngambil mse slame berminggu-minggu
berbulan-bulan...mybe bertahun-tahun?
tak mustahil kn?
klau bnde tu senang nk dapat
xpyah la dipanggil impian lgi.. -.-''

ok..aku bgi contoh ape impian aku..
.
.
.
.
.
.
.yang pertame aku ingin memiliki kmre nikon DSLR
yang mugkin akan aku dapat x lame lagie!!!!...
wow!,,
yang kedue aq ingin kputusan pmr aku 
cmerlang!...amin
yang ktige aq ingin hdup bhgie bersame
keluarge tercinta..
yang ketige tu penting

ok..cuti sekolah dah pon bermule(khas untok form 3 je)
huhuh...aq xthu ar nk wat pe....xkan la nk
kerje plak kan?..
mlas aq,, :)
so,tugas aq di rumah ade lah menghbis kan
beras ...
huhuhuhuhuhuhuhuuhuhuhuu....
cuti pnjang..
.hmmm,,,bilew cuti nak sekolah...;;
bilew sekolah nak cutie!ape cer ni brooooo?....
lumrah manusia..biase la
cepat merase bosan
dengan ape yang dy miliki skarang...
mybe termsok aq kot?..
:(

p/s:hmm...nak tdo awal..hihiihihih :p

nota cinta~

huhuh...salam semue.
ok..entry kali ini aku copy paste dari sebuah blog mem aku...(aq da xde idea)
aku copy dengan keizinan dia...cerita dy mngesahkan tentang.....
ko org bce la sendri k?,..wee~
kompem mnangis pnyer!...ahahaha
tangkap shahdu beb mcm filem industan... :P


‎-Nota Cinta-

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya 
ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.


Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!





Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.


“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.


“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…



Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL


Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…


p/s:ade yang menangis x?..ahahahah ngee~
     ok la...bubyee, :*

memori terindah(bukan memori hanphone!)

hye semue slam 1 malaysia!...
dah macam-macam entry aku tulis dalam blog aku ni..
tapi belum pernah aku tulis pasal "sekolah"
yup!!..sekolah?
ape..kau orang tak nak bace entry aku?.heheh
aku tak suruh pon orang bace ok?kalau tak dengar
macam biase lah tekan je tekan ALT+F4
Aku mulakan dengan definisi yang aku
rasa semua faham mengenai zaman persekolahan.
 Sekarang tengah musim budak-budak Form 3 demam PMR.
 Masa macam nie dulu aku tengah buat apa yea? Always wondering about it.
 Zaman sekolah zaman paling happy aku rasa untuk kita semua.
Semua suka duka dikongsi bersama kawan-kawan seangkatan
dan yang sama-sama dalam keadaan tumbesaran hormon. hehehe
Sama-sama dalam keadaan sedang membesar. Jadi? 
Semua perangai lebih kurang kan? 
Thats the main factor yang buat kita senang untuk hidup bersama.
 Tak sama bila kita bergaul dengan orang lebih dewasa, 
kadang-kadang rasa tidak selesa.
 Hanya zaman sekolah sahaja yang mengajar kita erti persahabatan dan remaja.
 Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia takkan berulang kembali. 
Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing, 
mungkin sukar untuk kita kembali bersatu dalam tempat sekecil bilik darjah. 
Tempat harian kita bergurau, dimarahi dan belajar. 
Walaupun kadangkala rasa macam tak suka, 
tapi aku pasti semua di antara kita tengah dan sedang merindui saat itu.
 Masing-masing memang tak suka dimarahi tetapi 
bila dah habis zaman sekolah kadang-kadang pengalaman kita dimarahi
 tuh yang buat kita tersenyum sendiri. 

bestfwen aq..ko org ade?

Macam-macam lagi benda lain yang kita buat bersama-sama. 
Bersama pergi ke kantin, perpustakaan dan pendidikan jasmani. 
Semua penuh dengan gelak tawa. 
Terbukti zaman persekolahan adalah zaman yang sukar dilupakan. 
Mungkin satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman 
menjadi seorang pelajar yang sangat indah.
 Saja nak tulis mengenai ini dan sudah pasti aku nak
 nasihatkan adik-adik yang tengah sekolah tuh, manfaatkan lah waktu
 sekolah kau orang dengan penuh aktiviti dan pastikan masa tinggalkan sekolah nanti penuh dengan seribu satu kenangan.
yyeeaahhh!!


hehe..no komen about this pic

Macam-macam cerita kita kongsi masa di sekolah kan? 
Bila masuk bab bercinta dalam masa sekolah nie lagi payah, 
pelik jer tengok kawan-kawan aku rajin nak pergi sekolah. Tak pernah macam gini. Apsal ea? Kena santau ke? Haha. Tuh la penangan cinta time skolah nie, semua rasa rajin jer kan? Tipu lah kalau takde. 
Dalam semua yang aku cerita nie, 
aku rasa masa paling sedih untuk kita semua adalah masa ambil result PMR. 
Memang sedih tuh tak tergambar masa mulanya, tapi korang akan terfikir balik saat tuh.
 Kenapa? Dah tergambar dah kawan-kawan dapat sambung tempat belajar hebat-hebat belaka.


otai2 sekolah..

Masing-masing ada haluan sendiri dan mungkin kali terakhir kita jumpa masa sekolah dulu kan
. Bila dah sambung belajar atau kerja nie, masing-masing dah sibuk dengan hal sendiri. 
Aku rasa semua pembaca blog nie pun ada pengalaman macam aku. 
Samada yang tengah sekolah mahupun yang dah habis sekolah. Keadaan kita sama jer kan.
 Kalau ada seekor pari-pari datang dan tanya permintaan aku. Korang rasa aku pilih apa? Aku taknak banyak,
 cuma aku doakan semua kawan-kawan aku berjaya dan sihat sejahtera. 
Aku sayang korang kawan!
bbwwuueekkk!,, :)
NO FWEN NO LIFE,,,
IT'S IT TRUE?..
RENUNG2 KN


p/s:aq sebenarnye mlas nk tlis entry ni wat kli kedue!!..mse tgh syok2 tlis tbe2
      tup!...battry abis,tros xde mood nk wat..huhuhu,btw aq wat jgk ok?
       

kau dan aku

slamat tgh hari semue!,..
hmm...mod skarang ni tgh sdey+sakit hati

"sekadar hiasan"

Bila aku online, aku nampak engkau.
******* Friends online.
Aku nak tegur. Aku nak tegur. Aku nak tegur.
Lupakan niat kau tuh, ayep!. My heart talks.
Dia pun takkan layan kau macam dulu, Chuck.
Aku tulis dekat sini. Aku tahu dia takkan baca.
Last week dia ada share something to me.
Aku peduli apa? Time susah baru cari aku.
Tuhan tu adil. Karma memang ada. Dia dah kena apa yang aku kena.
Congratulation girls.
Kau cari aku? Nak buat apa?
Give me a small space for me. Stop being my shadow.
But, sometimes aku rindu dia juga. Tipulah kalau aku cakap takde langsung.
Aku yang kena giveup ke everytime?
My answer is NO. Pullstop.
Yang berlalu takkan datang kembali. Banyak kenangan yang kau tinggalkan.
Tapi aku cuma nak dia jadi macam dulu even bukan dengan aku sekalipun.
God, I wish YOU could change her back like yesterday.
sejahat-jahat lelaki tu,dia akan tetap mencari perempaun yang baik 
hmm~



di pagi hari raye korban,,,

hyeeee2..
salammualaikum,...salam 1 malaysia,,salam sejahtera dan
salam aidiladha kpde famly yg tercinte,bestfwen,dan para blogger sekalian...

di pgi yg pnoh berkat ini ayep ingin berkongsi cerite
tentang hari rye korban...(xde cerite pon sbnar nye)

hari ni fmly ayep masak ketupat+rendang+ayam msak merah+kuah kacang n lodeh...hihihih
so...mse ayep tgh tlis at blog ni ayep tgh mkan!,,hhuhuh
lapooo beb...da ar mse dngar khutbah td tbe2 prot rse sakit!!!!!!!....
huhhu...tersekse beb..hahaahaha
alhamdulillah ar ayep dpt dngar ktutbah tu smpai abis,,,weeeee~
lpas dngar khutbah...ayep g kubor lak...
anak mithali ni...bertuah sape dapat aq ni,,,,
hahahahaahaaaa

huhuhh,...kejap lgi nk g pontian nak amek
daging korban!.. :)
harap2 tbe sne lembu tu da di SEMBELIH.....
n just tinggal bwak blek je
troma beb tngok lmbu kne smblih,,,,,..hehehe..

hmmmm...ko org prasan x perubahan yang ketare at blog aq ni?
hahahaha.....huhuh,,,skarang ni blog dakcik da berubah sbb ade
seorang budak yg cute tlah mnolong dakcik..
nk thu spe dak tu..?
nme dy farrrrrrrrr far a way!..hahaha
dy xbg sebot nme dy la..mybe dy tkot kot dy jdi
pakar design blog yg terkenal lgi tersohor...hihihih
btw...thanz ok?..thanz sgt9999999... ;)
ngeee~

ok la...smpai sni je ar,,
salam,,,byee :)

monyet......... :'(

comel x? :)



Maafkan dakcik kerana dakcik tidak bijak mengarang. dakcik bukan penulis.Apa yang
dakcik ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi
bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,
kekasih yang jelita mahupun banglo besar.huhuhuhuhuh,,, :)

Sye tidak bijak bercerita tentang itu.
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah
seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,
nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet
mundar-mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana
ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar
salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan kereta.
Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu
terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.
Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya
yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul
sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!
Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar.
Saya pasti, si ibu monyet tadi akan
mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya
melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya
nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu
tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja
dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor
monyet.Ia hanya
monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan
surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah
mengingatkan saya
kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak
oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya
bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,
tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,
ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,
seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .
Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa.
Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya.
Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada
habuan".

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami
terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.
Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang
sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar
maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,
nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.
Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya
membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan
niatnya.Tidakakan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,
"daripada balik tangan kosong? "
lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-
monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah
serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP!
Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan
pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.
Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak
tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.
Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai
akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang
masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,
bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.

Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh
dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.
Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.
Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala
ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu
bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak
mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk
anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan
pergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap
mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau
kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk
erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama
anaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya
manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku
bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu
berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.
Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat
si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan
tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi
tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan
diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si
anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,
dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada
tumpah ke pipi.
Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang
tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul
kesal dengan apa yang berlaku.
Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa
pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya
yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.

Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana
membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,
rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??
Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.
Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik
menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,
keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah
saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa
haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah
satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.
Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih
sayang ibu.

" Life can give u a hundred reasons to cry, But u can give life a thousand reasons to smile ."
hurmm,,,,...aq xthu lorh nk tlis ape mlm nie,,
tgh blurr k...
ok,,tdi aq bru dpt berite yg ade org mati lemas at sungai sayong..
rmai jgk yg da mati lemas at situ,,so.berhati2 lah ktike mndi
sungai. :)

bkn pasal org mati lemas yg aq nk cter at ko org mlm ni..huhuh
topik kte mlm ni ade resepi biawak 3 rase!!,,,ngee~
gurau je,,,
time to sriuz k,,?
ok..ko org msti prnah kne mrah dgn awek ?..opzzz..mksod aq ex or awek..
sme ar jgk mcm aq slalu gak ar kne mrah..hahaha

hmm..
kpde budak yg suke mrah aq tu..aq minx maap sgt bab wat ko mcm tu..
sbnar nye xde niat pon nk skit an hti ko...lgi pon aq da bgthu sbb nyer kn?
jgn igt bile ko tengking n maki hamun aq,,aq diam x bermakne aq takot!
jgn bile aq diam ko naik lemak sebab ko igt dy xkn wat ape2..tapi igt
org diam xkn tros diam k!!!..damm! :)
hurmmm...aq diam bab mseh boleh b'sabar dan x nk bnde tu jdi lbeh
bsar(besar punyer!!)ngee~
tapi jgn ar wat orang hilang sabar dgn prangai pnas baran ko tu dan
jgn mnyesal kmudian hari sebab orang yg ko maki,yang ko
tengking tu la yg bnyak berusaha untok b'baek dgn ko!!!.
jgn mramal hati org sebab hati org boleh berubah dgn sklip mate jew..
di mne ade kmhuan..di situ ade pnyelesaian.. :')
jiwang gler aq mlm ni...hahaha~
skati aq ar,,!! -.-''

di'sebab aq selalu kne marah,,,,.....haahhaha
aq rase nk tkar no phone je,,tapi
hmmmm...mybe minggu dpn kot baru tukar ;)
k ar,,nyte!
bye.